Taklimat Advokasi Dan Pdpa Kemas Simpang Empat
29 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2020 jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi telah berlangsungnya Program Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) & taklimat kesedaran tentang penyebaran maklumat palsu di pejabat kemas parlimen Arau Simpang Empat khusus untuk pegawai Kemas. Program ini dijalankan berkonsepkan perbincangan dan kesedaran bagi menyedari tentang kepentingan dan hak-hak yang perlu seseorang tahu sebelum atau selepas berkongsi data peribadi kepada pihak yang tertentu.
Program ini bertujuan menyedarkan orang awam terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pusat Internet seluruh Malaysia tentang kepentingan mengetahui hak perlindungan data peribadi. Seramai 15 orang telah hadir dalam program ini. Program ini mengambil masa selama 2 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: